Thursday, January 14, 2010

BAHAROL ALAM FC BERSIAP SEDIA MENGHARUNGI KANCAH LIGA DIVISYEN 1 F.A.P. 2010



Kelab Bolasepak Baharol Alam (BAFC) telah memulakan sesi latihan intensif termasuk "fitness" dalam memastikan semua pemain bersedia untuk memasuki kancah Liga Divisyen 1 F.A.P. 2010.

Jurulatih Utama, Sdr. Johari bertindak melakukan tugas beliau dengan baik dalam memastikan semua pemain berada di dalam keadaan bersedia "fit" untuk perlawanan pertama pada awal Februari 2010.

Komitmen yang ditunjukkan oleh para pemain begitu memberangsangkan serta disiplin yang cukup baik demi memastikan BAFC mampu bersaing dalam kancah Liga Divisyen 1 F.A.P. 2010 bersama pasukan lain yang akan bertarung untuk merebut kejuaraan liga pada tahun 2010.

Sunday, December 27, 2009

Selamat Datang ke Laman Blog Baharol Alam Football Club (BAFC)

Laman blog ini masih lagi diperingkat pembinaan, InsyaAllah pabila siap kelak akan dipenuhi dengan pelbagai informasi tentang Baharol Alam Football Club (BAFC)

Sebarang maklumat tentang BAFC sila hubungi:

Sdr Amir di talian: 012 - 404 5015 (Setiausaha BAFC)